Latar belakang Kad Hijau CIDB

Tuntutan Insurans CIDB

Untuk Personel Binaan Kad Hijau CIDB

Tuntutan Insurans CIDB Untuk Personel Binaan Kad Hijau CIDB

Reminder: Hanya Kad Pendaftaran Personel Binaan yang sah dan masih aktif layak membuat tuntutan. Sila pastikan kad anda masih sah dan aktif sebelum mengemukakan tuntutan CIDB.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

Tingkat 11, Cidb 520, The Met Corporate Towers

No.20, Jalan Dutamas 2, 50480 Kuala Lumpur

CIDB Careline: 03-5567 3300

http://www.cidb.gov.my

UPPT-1/v.03

1. Pendahuluan

Personel Binaan yang aktif berdaftar akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.

2. Skop Perlindungan

  1. Perlindungan ini terhad kepada Personel Binaan aktif berdaftar yang mencapai umur genap 16 tahun sehingga 70 tahun pada tarikh hari jadi akan datang.
  2. Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia untuk ahli warganegara Malaysia.
  3. Manfaat sijil CIDB bermula 1 Oktober 2024 adalah seperti berikut:
Skop ManfaatAmaun Manfaat (RM)
Kematian (Akibat Kemalangan)21,000.00
Kematian (Akibat sakit)3,000.00
Belanja Pengkebumian500.00
Keilatan Kekal (Akibat Kemalangan)18,000.00 (maksima)
Keilatan Kekal Seluruh Badan (Akibat Sakit)3,000.00
Manfaat Wad Hospital (Akibat Kemalangan)25.00/hari (maksima 30 hari)
Pembelian Kerusi Roda / Tongkat / Anggota Palsu (Akibat Kemalangan)500.00 (maksima)
Caj ambulan (Akibat Kemalangan)500.00 (maksima)
Kecurian dan Ragut500.00 (maksima)

3. Syarat-syarat Tuntutan Manfaat Perlindungan

  1. Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan borang tuntutan yang berkenaan dengan lengkap.
  2. Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian. Sebarang tuntutan yang dihantar selepas itu hendaklah disertakan juga dengan justifikasi kelewatan dan tuntutan akan diproses berdasarkan budi bicara syarikat takaful yang berkenaan.
  3. Kejadian/kemalangan berlaku semasa tempoh Personel Binaan masih sahlaku dan umur dari 16 tahun sehingga 70 tahun pada tarikh hari jadi akan datang.
  4. Kejadian berlaku bukan akibat dari Personel Binaan melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara.

4. Penutup

Personel Binaan dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan baik semasa bekerja ataupun di luar waktu bekerja. Pihak CIDB berhak menolak mana-mana permohonan yang diragui atau tidak memenuhi syarat-syarat tuntutan.

Prosedur Tuntutan

  • Personel atau pewaris yang membuat tuntutan perlu menghantar borang terus ke pihak takaful yang berkenaan mengikut pendaftaran / pembaharuan terakhir. Sila rujuk dengan pihak CIDB untuk mendapatkan pengesahan pendaftaran terakhir personel.
  • Pemohon / pewaris mesti melengkapkan segala maklumat yang diminta pada borang tuntutan dan melampirkan semua dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan yang dipohon.
  • Serahan borang tuntutan dan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada syarikat takaful yang berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kejadian / kemalangan serta tidak melebihi tempoh setahun.
  • Sekiranya tuntutan dibuat melebihi 60 hari, pemohon perlulah memberikan alasan secara bertulis (surat tunjuk sebab) di atas kelewatan tersebut kepada pihak insurans yang berkenaan.
  • Setiap salinan dokumen yang dilampirkan perlulah mendapatkan pengesahan daripada majikan pemohon / Jaksa Pendamai / Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah.
  • Bagi tuntutan kes kematian, sila rujuk dengan pihak CIDB untuk mendapatkan maklumat pewaris yang telah didaftarkan di dalam sistem.

Syarikat Takaful

Terdapat dua syarikat takaful yang berkenaan. Sila hantar borang mengikut syarikat takaful pada pendaftaran / pembaharuan terakhir anda.

Etiqa

Muat turun borang tuntutan UPPT-1/v.03 (Etiqa) dan hantar borang beserta dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan yang dipohon.

Muat Turun Borang Etiqa (PDF)

Alamat Serahan Borang

Etiqa Family Takaful Berhad
Level 7, Tower B, Dataran Maybank
Tower B, No. 1 Jalan Maarof
Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Untuk perhatian: Khairull Azim Bin Mat Lahat

Pegawai Untuk Dihubungi

Zurich General Takaful Malaysia Berhad

Muat turun borang tuntutan UPPT-1/v.02 (Zurich) dan hantar borang beserta dokumen sokongan mengikut jenis tuntutan yang dipohon.

Muat Turun Borang Zurich (PDF)

Pegawai Untuk Dihubungi

Alamat Serahan Borang

Zurich General Takaful Malaysia Berhad
Level 23A, Mercu 3
No.3 Jalan Bangsar
KL Eco City
59200 Kuala Lumpur

Borang Tuntutan

Perkhidmatan Pelan Perlindungan Takaful Berkelompok Personel Binaan Berdaftar untuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Peringatan: Sila jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan benar, lengkap dan jelas. Sebarang keterangan palsu boleh menyebabkan permohonan ini terbatal dengan sendirinya dan tindakan undang-undang boleh diambil oleh pihak CIDB.

Maklumat yang perlu diisi dalam borang tuntutan

Sila rujuk pegawai insurans terlebih dahulu sebelum mengisi borang tuntutan bagi memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat.

Kami Sedia Membantu Anda!