Home background

Syarat Penggunaan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

sijil untuk penyertaan tender kerja kerajaan dan bukan untuk memulakan kerja pembinaan secara langsung. Ia mengatur kelayakan dan tata cara penggunaan sijil bagi kontraktor

Syarat Am Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

  • Sijil ini dikeluarkan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diberikan oleh Pemohon/Syarikat semasa permohonan.
  • Sijil ini tidak boleh digunakan sebagai perakuan bagi memulakan/mengakujanji untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan. Sijil ini hanya boleh digunakan untuk menyertai perolehan kerja Kerajaan atau agensi yang berkaitan dengan kerajaan sahaja.
  • Sijil ini akan terbatal dengan sendirinya jika Perakuan Pendaftaran Kontraktor telah tamat tempoh sahlaku atau dibatal/ditarikbalik/digantung menurut Peraturan 15, Peraturan Pendaftaran Kontraktor (Industri Pembinaan) 1995.
  • Sijil ini hendaklah dikemukakan bersama-sama Perakuan Pendaftaran Kontraktor semasa menyertai tender kerja Kerajaan atau agensi yang berkaitan dengan kerajaan sahaja.
  • Sijil ini hendaklah diperbaharui bersama-sama dengan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
  • Perubahan oleh syarikat/pemegang sijil yang boleh menjejaskan pematuhan syarat kelayakan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan akan menyebabkan sijil ini terbatal.

Had Nilai Perolehan Kerja Kerajaan

Had nilai perolehan kerja Kerajaan untuk kerja-kerja bangunan/awam/mekanikal/elektrik dan fasiliti adalah seperti yang dinyatakan didalam Jadual L.

Jadual L - Had Nilai Perolehan Kerja Kerajaan
GREDHAD NILAI PEROLEHAN KERJA
(Bangunan/Awam/Mekanikal)
(RM)
HAD NILAI PEROLEHAN KERJA
(Elektrik)
(RM)
HAD NILAI PEROLEHAN KERJA
(Fasiliti)
(RM)
G1200,000.00 dan ke bawahSehingga 200,000.00-
G2200,001.00 hingga 500,000.00Sehingga 500,000.00-
G3500,001.00 hingga 1,000,000.00Sehingga 1,000,000.00-
G41,000,001.00 hingga 3,000,000.00200,001.00 hingga 3,000,000.00Sehingga 3,000,000.00
G53,000,001.00 hingga 5,000,000.00200,001.00 hingga 5,000,000.003,000,001.00 hingga 5,000,000.00
G65,000,001.00 hingga 10,000,000.00200,001.00 hingga 10,000,000.005,000,001.00 hingga 10,000,000.00
G7Melebihi 10,000,000.00200,001.00 dan ke atasMelebihi 10,000,000.00

Kawasan Operasi

Kerja Tender

Diseluruh Negara

  • Gred G7, G6, G5 dan G4
  • Gred G3, yang bertaraf Bumiputera

Di Negeri Berdaftar Sahaja

  • Gred G3 (bukan bertaraf Bumiputera)

Kerja Sebutharga

  • Gred G2 (Negeri)
  • Gred G1 (Taraf Bumiputera) di daerah didaftarkan

Kerja Undi dan 'Requisition'

  • Gred G1 Bumiputera dalam kawasan pentadbiran atau wilayah yang didaftarkan seperti di Jadual M
Jadual M - Kawasan Operasi
JENIS PEROLEHANKAWASAN OPERASIGRED
TenderDi Seluruh NegaraGred G7, G6, G5 dan G4
Gred G3 (Taraf Bumiputera)
Di Negeri BerdaftarGred G3
SebuthargaDi Daerah di DaftarkanGred G1
Di Negeri BerdaftarGred G2
Kerja Undi & 'Requisition'Di Daerah di DaftarkanGred G1

Penama Dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Definisi Penama SPKK

Penama SPKK adalah senarai nama individu yang dipamerkan di atas SPKK dan hanya individu yang dinamakan tersebut sahaja dibenarkan untuk terlibat dalam pengurusan/hal ehwal tender/kontrak.

Syarat-syarat Penama SPKK

  • Hanya pegawai-pegawai syarikat yang dinamakan di dalam SPKK dibenarkan untuk menandatangani dokumen kontrak syarikat dan mengambil dokumen tawaran.
  • Hanya Penama-penama dalam sijil yang boleh menghadiri lawatan tapak bagi Kerja Undi, Sebut Harga dan Tender.
  • Penama mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia.
  • Sekiranya pekerja syarikat dilantik sebagai Penama SPKK, pekerja tersebut perlu mempunyai caruman KWSP/SOCSO bagi membukti beliau bekerja di syarikat tersebut.
  • Maksimum 5 penama sahaja dibenarkan untuk satu SPKK.
  • Seorang Penama hanya boleh mempunyai satu syarikat sahaja yang memiliki SPKK yang masih sah pendaftaran.

Kami Sedia Membantu Anda!