
Pendaftaran Kontraktor Asing (PPKA)
Garis Panduan Baharu Pendaftaran Kontraktor Asing CIDB
PEMAKLUMAN PENSTRUKTURAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR ASING
17 Januari 2023 | Berkuatkuasa: 1 Februari 2023
SYARAT PENDAFTARAN KONTRAKTOR ASING
1
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROC)
2
Keupayaan Kewangan
Modal Berbayar: RM750,000.00
3
Personel Teknikal
Minima 2 orang warganegara Malaysia
Pengalaman melebihi lebih daripada 5 tahun
Gred Minima:G7
Keperluan Personel Teknikal:2 Orang
Kelayakan Akademik:
Ijazah berkaitan bidang pembinaan
4
Kategori/Pengkhususan
Kategori/Pengkhususan (Sila rujuk jadual tambah pengkhususan)
5
Penarafan SCORE
Semua kontraktor asing mesti mempunyai sijil SCORE yang masih sah semasa mengemukakan permohonan pendaftaran semula (pembaharuan)
6
Tempoh Berdaftar
Berdaftar kali pertama adalah selama 2 tahun
Pendaftaran semula selepas pendaftaran kali pertama adalah mengikut syarat mata CCD yang ditetapkan (40 mata/setahun)
7
Syarat Tambahan Pendaftaran Semula
Kursus Integriti dan perundangan industri pembinaan di Malaysia (sekali sahaja)
Keperluan mengumpul mata melalui program Pembangunan Kontraktor Berterusan (CCD)