Home background

Program Mata CCD 2025 – Keperluan & Pendaftaran Seminar CIDB

Ketahui keperluan terkini mata CCD mengikut gred pendaftaran untuk pembaharuan lesen kontraktor CIDB pada 2025. Daftar seminar pembangunan kontraktor secara atas talian & fizikal

CCD 2025 SEMINAR ATAS TALIAN & FIZIKAL RENEW LESEN/SEMINAR CCD (2025)

CIDB Malaysia Opening
CIDB Malaysia Section 01
CIDB Malaysia Section 02
CIDB Malaysia Section 03
CIDB Malaysia Section 04

Pengenalan

Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) adalah sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.

Mata CCD CIDB - Apa Itu Mata CCD?

Program Pembangunan

Mata CCD adalah satu Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (Continues Contractor Development Programme)

Sistem Pungutan

Program ini diperkenalkan sebagai sistem pungutan mata CCD melalui penyertaan kontraktor dalam seminar, persatuan, penerbitan dan lain-lain acara yang telah diiktiraf untuk memperoleh mata CCD seperti yang ditetapkan oleh CIDB.

Penguatkuasaan Pengumpulan CCD

CCD secara rasminya telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010 dan diumumkan kepada industri pembinaan semenjak tahun 2008. Melalui Pekeliling CIDB Bil. 2/2008, setiap kontraktor perlu mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran di CIDB.

Kontraktor yang gagal mengumpul jumlah mata CCD akan menyebabkan perakuan pendaftaran mereka tidak akan diperbaharui atau gred pendaftaran mereka akan diturunkan.

Kontraktor perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti sijil, surat sokongan atau lain-lain sebagai bukti mata CCD yang telah dikumpul semasa mengemukakan permohonan untuk pembaharuan perakuan pendaftaran kontraktor.

Objektif

  • Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan.

Peserta/Kumpulan Sasaran

  • Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dari Gred G1 hingga G7.
  • Pemilik / Pengarah Syarikat / Pengurusan Syarikat.
  • Pekerja yang dicarum KWSP oleh majikan sahaja.

Kelebihan Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD)

Ilmu & Kepakaran

Meningkatkan pengetahuan dalam kepakaran dan profesionalisme

Kecekapan Projek

Meningkatkan kecekapan dalam pengurusan projek pembinaan

Networking

Interaksi dan perkongsian pengalaman sesama kontraktor

Kepercayaan

Memperkukuh kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan

Jumlah mata CCD yang perlu dikumpul mengikut gred kontraktor untuk setahun:

G1 – G2
10 Mata CCD
G3 – G4
20 Mata CCD
G5 – G6
30 Mata CCD
G7
40 Mata CCD

Mata CCD Mengikut Gred Pendaftaran

GredMata CCD bagi Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor1 Tahun2 Tahun3 Tahun
G1 & G2Pembaharuan Pendaftaran102030
G3 & G4Pembaharuan Pendaftaran204060
G5 & G6Pembaharuan Pendaftaran306090
G7Pembaharuan Pendaftaran4080120

Kami Sedia Membantu Anda!