Home background

Pengisytiharan Projek CIDB

Panduan lengkap untuk mengisytiharkan projek pembinaan melalui Sistem CIMS mengikut peraturan CIDB Malaysia.

PENGISYTIHARAN KERJA PEMBINAAN

Penting: Kontraktor dikehendaki mengisytiharkan kerja pembinaan dalam tempoh 14 hari selepas diawardkan kontrak atau 14 hari sebelum melaksanakan kerja, mana-mana yang terdahulu.
1

Kewajipan Untuk Mengisytiharkan Kerja Pembinaan

Setiap kontraktor dikehendaki mengisytiharkan dan mengemukakan kepada CIDB, mengikut cara yang ditetapkan oleh CIDB, apa-apa kontrak kerja pembinaan yang telah diawardkan kepadanya.

2

Definisi Kontraktor

Kontraktor merupakan seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan.

Mana-mana orang yang telah di awardkan atau telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan, atau telah mengaku janji untuk menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan, atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan adalah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

3

Definisi Kerja Pembinaan

Kerja pembinaan merujuk kepada pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan:

i.

Mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

ii.

Mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau padang terbang;

iii.

Mana-mana saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;

iv.

Apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi;

v.

Mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembentung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan;

Dan termasuklah:

  • Apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan integral atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (i) hingga (v), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak;
  • Pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja yang semestinya bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (i) hingga (v).
4

Jumlah Kontrak

Jumlah kontrak berhubung dengan sesuatu projek pembinaan ialah jumlah nilai semua kerja, bekalan dan perkhidmatan untuk membuat dan menjadikan kerja pembinaan dalam projek pembinaan itu berfungsi sepenuhnya meliputi item-item berikut:

i.

Kos pemerolehan bahan, kelengkapan, pekerja

ii.

Kos peralatan, mesin dan perabot yang dipasang yang dibeli di dalam negara atau di luar negara

iii.

Kos pengurusan projek

iv.

Kos pembiayaan projek (Financial Costs)

v.

Wang Kos Prima

vi.

Wang Peruntukan Sementara

vii.

Pengurusan Fasiliti (Facility Management)

viii.

Yuran Ikhtisas (Professional Fees)

ix.

Kos apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting atau adalah persediaan atau sementara bagi kontrak kerja yang dilaksanakan

x.

Apa-apa cukai yang terkandung di dalam kontrak

5

Pengisytiharan Dianggap Benar

Segala pengisytiharan kerja pembinaan yang dibuat melalui sistem CIMS dianggap benar. Pemilik dan Pengarah syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengisytiharan yang dibuat dan boleh dikenakan apa-apa tindakan sekiranya CIDB mendapati terdapat sebarang kesalahan di dalam pengisytiharan tersebut.

6

Dokumen Pengisytiharan

Pengisytiharan apa-apa kerja pembinaan hendaklah disertakan dokumen yang mengandungi butir-butir penuh berkenaan dengan penyempurnaan kerja pembinaan tersebut melalui dokumen-dokumen berikut:

i.

Surat Penerimaan/ Surat Award (Letter of Award); atau

ii.

Kontrak yang ditandatangai kedua-dua pihak; atau

iii.

Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan penerimaan atau penyempurnaan kontrak atas kerja pembinaan

Contoh Dokumen Pengisytiharan Kerja Pembinaan:

  • Surat penerimaan atau surat award daripada klien
  • Dokumen kontrak yang ditandatangani
  • Insuran Contractor’s All Risk (CAR)
  • Butir-butir dan maklumat berkenaan dengan balasan berhubung dengan penyempurnaan apa-apa kontrak ke atas apa-apa kerja pembinaan yang terkandung dalam apa-apa dokumen berkaitan
  • Akuan Berkanun
7

Tempoh Masa Pengisytiharan Kerja Pembinaan

Kontraktor dikehendaki mengisytiharkan dan memaklumkan kepada CIDB apa-apa kerja pembinaan dalam tempoh 14 hari selepas diawardkan kontrak kerja pembinaan atau 14 hari sebelum melaksanakan kerja pembinaan, mana-mana yang terdahulu.

8

Kaedah Untuk Mengisytiharkan Kerja Pembinaan

Kontraktor dikehendaki mengisytiharkan kerja pembinaan secara atas talian sepenuhnya melalui Sistem CIMS (+601126165376) dan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada bahagian 6.

⚠️ Perhatian: Sebarang pengisytiharan yang diterima secara manual adalah dianggap tidak sah.

Kami Sedia Membantu Anda!