Home background

Perkhidmatan Sijil Lesen Kontraktor

Pendaftaran dan perolehan lesen yang diperlukan oleh kontraktor untuk menjalankan aktiviti pembinaan di Malaysia.

PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA

Penting: Pastikan anda telah memperoleh atau memperbaharui Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada CIDB terlebih dahulu sebelum memohon pengiktirafan taraf Bumiputera.
Bumiputera CIDB

Jenis-jenis Permohonan STB

1.

Permohonan Baharu

Permohonan kali pertama bagi syarikat yang ingin mendapatkan STB. Tempoh sah laku STB tertakluk kepada tarikh dalam sijil maya yang boleh dicetak melalui Sistem CIMS.

2.

Pembaharuan

Permohonan untuk syarikat yang telah berdaftar dengan PKK, sama ada STB masih dalam tempoh sah laku atau telah tamat tempoh.

3.

Perubahan Maklumat

Permohonan untuk membuat pindaan terhadap maklumat syarikat seperti perubahan gred, alamat, pemilik, atau ahli lembaga pengarah.

SENARAI SEMAK

DOKUMEN MANDATORI
Syarikat perlu memuat naik dokumen-dokumen mandatori dan sokongan seperti senarai semak ini bagi Permohonan Baharu, Pembaharuan Dan Perubahan Maklumat. Pihak PKK berhak menolak permohonan syarikat jika dokumen mandatori dan sokongan tidak dimuat-naik.
1
Kad Pengenalan dan Surat Beranak/Sijil Kelahiran (Berwarna)
  • Ahli Lembaga Pengarah;
  • Pemegang Ekuiti (individu & individu dalam syarikat pemegang ekuiti);
  • Penandatangan Cek;
  • Penama dalam Sijil; dan
  • Perakuan Pengesahan Anak Negeri (Sekiranya perlu bagi Sabah & Sarawak)
2
Surat Pengesahan Bank bagi tahun semasa.
(Sila gunakan format yang disediakan)
3
Penyata Caruman KWSP dan Borang A berserta resit bayaran

- Sekiranya Penama dalam Sijil atau Penandatangan Cek atau kedua-duanya bukan terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah atau Pemegang Ekuiti, penama hendaklah dicatat di bawah syarikat.
- Semua maklumat Penyata Caruman KWSP hendaklah dipaparkan dengan jelas.
- Terkini (3 bulan daripada tarikh permohonan).
- Sekiranya syarikat tiada pekerja, surat makluman hendaklah dilampirkan.

4
Carta Organisasi Syarikat yang lengkap (nama dan jawatan) dan terkini.
5
Borang Pengakuan Pekerjaan (Akuan Berkanun)
(Sila gunakan format yang disediakan)
- Sekiranya sedang bekerja dengan Kerajaan, Surat Kebenaran melakukan kerja luar (yang disahkan) hendaklah dilampirkan.
6
Peta Lakar yang lengkap dengan mercu tanda dan nama jalan menuju ke premis
7
Gambar hadapan premis
8
Dokumen Pemilikan Premis Syarikat Beroperasi/ Geran/ Perjanjian Sewa yang dimeteri setem.
DOKUMEN SOKONGAN HENDAKLAH DILAMPIRKAN SEKIRANYA BERKAITAN
1.
e-Info SSM yang terkini – 3 bulan daripada tarikh permohonan. (Bagi syarikat yang ekuiti dipegang oleh syarikat lain)
2.
Salinan Resolusi Penandatangan cek yang terkini disahkan oleh Setiausaha Syarikat. (Bagi syarikat ROC)
3.
Salinan Perjanjian Perkongsian yang dimeteri setem oleh LHDN. (Bagi syarikat ROC/ROB)
4.
Borang B – Lesen perniagaan. (Bagi syarikat yang beroperasi di Sabah & Labuan)
5.
Borang I – Ekstrak perniagaan dan Lesen Perniagaan. (Bagi syarikat yang beroperasi di Sarawak)
6.
Borang CAP 64 dan R22. (Bagi syarikat yang beroperasi di Sarawak)
7.
Annual return bagi satu tahun kewangan terkini yang disahkan SSM. (Bagi ekuiti syarikat yang dipegang oleh entiti syarikat lain)
8.
Surat pengesahan MITI bahawa syarikat layak diberikan taraf Bumiputera Controlled Public Listed Company (BCPLC) – yang masih sah tempoh kelulusan. (Bagi syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia)
9.
Minit Mesyuarat Tahunan. (Bagi syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS/ Koperasi/ Badan Amanah))
10.
Undang-undang Tubuh/ Perlembagaan. (Bagi syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS/ Koperasi/ Badan Amanah))
11.
Senarai Ahli Jawatankuasa/ Ahli Lembaga Pemegang Amanah/ Ahli Lembaga Koperasi. (Bagi syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS/ Koperasi/ Badan Amanah))
(Sila gunakan format yang disediakan)
12.
Penyata akaun bank terkini – 3 bulan daripada tarikh permohonan.

Kami Sedia Membantu Anda!