
Daftar Kad Hijau CIDB + Kursus (Baru)
Berikut dinyatakan senarai bagi pendaftaran baru kad hijau CIDB bagi sesiapa yang tidak pernah ada CIDB sebelum ini
Info Daftar Kad Hijau CIDB
Daftar Kad Hijau CIDB + Kursus / Ahli Baru
- Untuk Daftar Baru Kad Hijau CIDB + Kursus bagi yang tidak pernah ada sebelum ini perlu menjalani kursus secara fizikal terlebih dahulu. (Kenali Kad Hijau / Kad Pintar Personel Binaan CIDB)
- Kursus secara fizikal akan dijalankan selama 6 ke 8 jam bg 1 sesi. Kursus akan bermula seawal 8am dan akan di bagi masa rehat sebanyak 2 kali oleh pelatih.
- Setelah kursus tamat peserta akan mendapat SIJIL digital kehadiran pada keesokkan harinya (melalui Whatsapp).
- Pendaftaran kursus mesti dilakukan secara dalam talian melalui platform kami.
- Untuk mendaftar mestilah 3-5 hari lebih awal dari tarikh kursus yang telah dijadual (termasuk pembayaran keseluruhan)
Daftar Baru untuk Warga Tempatan
(Termasuk Yuran Kursus)
1 Tahun
RM 200
2 Tahun
RM 225
3 Tahun
RM 250
4 Tahun
RM 275
5 Tahun
RM 300
Harga untuk Warga Asing
(Bergantung pada tarikh tamat tempoh permit.)
Daftar Baru
RM 300
*Tempoh sah laku kad adalah bergantung kepada tarikh tamat permit kerja
Pengecualian Kursus
Jika anda mempunyai Sijil / Kad bagi kursus yang dinyatakan seperti dibawah, anda dikecualikan untuk mengambil Program Kursus Kad Hijau CIDB (SICW):
- NIOSH – Nestle Safety Passport (NNSP)
- NIOSH – OM Materials Safety Passport (NOMSP)
- NIOSH – Port Safety Passport (NPTSP)
- NIOSH – TENAGA Safety Leader Passport (NTSLP)
- NIOSH – TENAGA Safety Passport (NTSP)
- NIOSH – TM Safety Passport (NTMSP)
- Oil and Gas Safety Passport (OGSP)
- Air Kelantan Safety Card (AKSC)
- Air Selangor – NIOSH Safety Passport (ANSP)
- Blue Card Safety Induction SHE KVMRT
- Contractor Safety Passport System All Risks Work (CPSAR)
- E-Idaman Safety Passport (EISP)
- Expressway Operations Safety Passport (EOSP)
- GAMUDA Construction SHE Passport (GCSP)
Nota Penting:
- Bagi yang pernah ada kad tapi sudah tamat tempoh melebihi 10 tahun dan ke atas diwajibkan mengambil kursus semula.
- Pas Sementara dari pihak CIDB akan dihantar oleh kami dalam masa 3 – 4 hari waktu bekerja (tidak termasuk hari Sabtu & Ahad) selepas kursus dijalankan.