
Mewah Services
Portal Rasmi bagi Pengurusan Pekerja & Syarikat Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
CIDB Green Card juga dikenali sebagai Kad Hijau, Kad CIDB atau Kad Personal Binaan CIDB.Mewah services adalah sebuah syarikat setiausaha yang mempunyai kepakaran dalam Daftar & perbaharui kad hijau baru. Dan kami juga pakar dalam bidang Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB. Kami adalah sebuah syarikat berdaftar yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang perlesenan dan pendaftaran lesen kontraktor CIDB, MOF dan Kad Hijau CIDB. Kami amat komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kepuasan pelanggan.
Consultation Services
- Pendaftaran & Pembaharuan Kad Hijau CIDB
- Pendaftaran & Pembaharuan Lesen CIDB G1-G7
- Pendaftaran & Pembaharuan Lesen MOF
- Pendaftaran & Pembaharuan SPKK & STB
- Pendaftaran & Pembaharuan Sijil Taraf Bumi
- Kemaskini Lesen MOF/CIDB
- Kenaikan/Penurunan Gred CIDB
- Pendaftaran Sijil ISO
- Pendaftaran & Pembaharuan SCORE
Kad Hijau / Kad Personel Binaan CIDB
Merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – Construction Industry Development Board (CIDB). Setiap pekerja binaan (tempatan/asing) WAJIB memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520. Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019.
Pakej Harga Kad Hijau CIDB
Daftar Baru untuk Warga Tempatan
(Termasuk Yuran Kursus)- RM225 untuk 2 tahun
- RM250 untuk 3 tahun
- RM275 untuk 4 tahun
- RM300 untuk 5 tahun
Perbaharui Kad Hijau untuk Warga Tempatan
- RM120 untuk 2 tahun
- RM145 untuk 3 tahun
- RM170 untuk 4 tahun
- RM195 untuk 5 tahun
Harga untuk Warga Asing
(Bergantung pada tarikh tamat tempoh permit.)- RM300 untuk daftar baru
- RM200 untuk renew
Langkah Pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB)
Isi Borang
Sertakan salinan IC (depan dan belakang) untuk pengesahan.
Buat Pembayaran
Bayar melalui saluran yang ditetapkan dan simpan bukti pembayaran.
Permohonan Diproses
Tunggu makluman status permohonan.
Pas Sementara
Gunakan pas sementara sehingga kad fizikal siap (anggaran 2 minggu).
Kad Siap
Kad dihantar ke alamat anda. Semak status penghantaran secara berkala.
Tawaran Khas untuk Pemilik Kad NIOSH OGSP!
Kami menawarkan peluang mudah untuk memohon Kad Hijau CIDB. Hanya kemas kini maklumat Kad NIOSH OGSP anda – tanpa perlu hadir kelas. Mohon sekarang dan terus terima Kad Hijau CIDB anda!
Jika anda sudah memiliki Kad NIOSH seperti OGSP, NTSP, EOSP, atau NTMSP, anda boleh terus buat Kad Hijau CIDB tanpa kursus.Jimat masa dan kos, proses selesai dalam 3 hari bekerja.
Senarai safety passport keluaran NIOSH yang dibenarkan
- OGSP - Oil And Gas Safety Passport
- EOSP - Expressway Operation Safety Passport
- NTSP - NIOSH TNB Safety Passport
- NTMSP - NIOSH Telekom Safety Passport
- ANSP - Air Selangor-NIOSH Safety Passport
Termasuk semua safety passport keluaran NIOSH.

Tiada Kehadiran Kelas Diperlukan
Mohon Kad Hijau CIDB tanpa perlu hadir kursus.
Jimat Masa & Duit
Proses yang cepat dan penjimatan kos untuk menukar OGSP kepada Kad Hijau CIDB.
Syarat
Memiliki Kad NIOSH OGSP adalah syarat kelayakan.
Perkhidmatan Kami

Sijil PPK
Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor berdaftar mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Pendaftaran dengan CIDB adalah wajib bagi kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, syarikat perlu memiliki pendaftaran SSM.

Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)
SPKK adalah sijil yang mengesahkan bahawa penama layak menyertai projek pembinaan kerajaan Malaysia. Penama boleh terdiri daripada warganegara Malaysia seperti pemilik perniagaan, pengarah, atau kakitangan syarikat yang bekerja sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat perlu telah beroperasi lebih dari 3 tahun.

Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Sijil Taraf Bumiputera (STB) diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk syarikat dan perniagaan yang memenuhi syarat bumiputera. Pendaftarannya berbeza daripada sijil MOF, dan hanya pembekal tertentu yang layak. Dengan STB, pembekal boleh menyertai tender dan sebut harga yang dikhususkan untuk syarikat bumiputera sahaja.

SIJIL ISO
Sijil ISO adalah standard yang menetapkan elemen asas dalam sistem kualiti untuk memastikan perkhidmatan organisasi memenuhi kehendak pelanggan dan keperluan undang-undang secara konsisten. Organisasi menggunakan standard ini untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Selain itu, kontraktor yang ingin mendaftar SCORE dan SPKK G7 perlu memiliki pendaftaran ISO terlebih dahulu.

SCORE-CIDB
Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) oleh CIDB, dibangunkan bersama SME Corp, bertujuan mengukur keupayaan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia. Program ini selaras dengan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020, yang berfokus pada peningkatan kualiti, keselamatan, dan profesionalisme industri. Penilaian SCORE-CIDB dilakukan melalui analisis terhadap 7 parameter yang ditetapkan untuk kontraktor tempatan.

Sijil MOF
Sijil Kementerian Kewangan (MOF) adalah wajib bagi pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender kerajaan. Tanpa sijil ini, syarikat tidak layak menyertai tender kerajaan. Syarikat dengan 51% pemilikan Bumiputera juga boleh memohon Sijil Taraf Bumiputera, yang memberi kelebihan dalam tender khusus untuk syarikat Bumiputera.
Blog








Operasi Khas Oleh CIDB
Operasi Khas Sempadan dilalukan di tapak pembinaan. Skop operasi khas ini menumpukan pematuhan Akreditasi Pekerja Binaan Mahir di bawah Akta 520. Operasi Khas Sempadan juga diadakan bagi memastikan pemeriksaan tapak projek antara kedua-dua sempadan ini dapat dipantau dengan lebih berkesan. Semasa Operasi berlangsung, terdapat beberapa ketidakpatuhan yang ditemui semasa pemeriksaan. Antaranya adalah Perakuan Pendaftaran yang tamat tempoh, gagal mengisytihar projek pembinaan, dan pekerja binaan mahir yang tidak diakredit oleh CIDB. Turut serta dalam operasi ini adalah daripada Sektor Penguatkuasa CIDB Ibu Pejabat, Sektor Kontraktor Levi CIDB Ibu Pejabat dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah (ABM).











